| Alu pencungkil duri. | Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil duri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mencungkil kuman dengan alu. | Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencari jejak dalam air, b. Mencari kutu dalam ijuk, c. Mencari penjahit dalam rumput, d. Mencari umbut dalam batu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti antan pencungkil duri. | Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Alu pencungkil duri). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menakik darah di batu (= di alu). | Meminta sesuatu pada orang yang tidak punya; bekerja dengan sia-sia (bekerja berat, sedikit hasilnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |