Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.néh] | انيه

Definisi : (anéh) tidak spt yg biasa dilihat (didengar dsb), pelik, ganjil (bkn benda, perbuatan, dll): ~ sangat kelakuannya; kejadian yg ~; menganehkan menganggap aneh, menim­bul­kan rasa hairan, menghairankan: sungguh ~ apa yg dikatakannya itu; keanehan 1. sesuatu yg aneh, sifat (ciri dsb) yg aneh: tiap-tiap bahasa mempunyai ~ sendiri; 2. perihal aneh, keluarbiasaan, keganjilan: orang ramai masih bercakap-cakap tentang ~ kejadian itu; penganehan perihal menganehkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.néh] | انيه

Definisi : /anéh/ tidak spt biasa; ganjil; pelik. menganehkan menganggap aneh: Janganlah kamu ~ kata-kata orang tuamu. keanehan keadaan aneh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata aneh

Peribahasa

Pipit meminang anak enggang.

Bermaksud :

Orang hina (miskin) meminang anak orang mulia (kaya); sesuatu yang aneh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tinggi banir tempat berlindung.Tabiat yang aneh atau keganjilan seseorang itu ada faedahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pipit meminang anak enggang.Orang hina (miskin) meminang anak orang mulia (kaya); sesuatu yang aneh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas