Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angan

Puisi
 

Pergi seberang berangan-angan,
     Membeli ikan ditimbang kati;
Banyak orang melarang jangan,
     Saya seorang mengikut hati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Angan-angan menerawang langit.

Bermaksud :

Selalu mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Angan-angan mengikat tubuh.Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Angan-angan menerawang langit.Selalu mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi.Tak pernah dilupakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan.Tak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha. (Peribahasa lain yang sama makna: Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gila di abun-abun.Mengangan-angankan sesuatu yang mustahil. abun-abun = angan-angan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu.Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Angan lalu, faham tertumbuk.Sesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum berkuku hendak mencubit (= menggaruk).Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum bergigi sudah hendak menggigit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum bergigi sudah hendak menggigit.Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tak bermeriam, baiklah diam.Orang yang miskin dan lemah tidak usahlah banyak berangan-angan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas