Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ngin.a.ngin] | اڠين٢

Definisi : khabar yg belum sah; desas-desus; khabar angin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angin-angin

Puisi
 

Tinggi pusat tinggi beringin,
     Tempat menggantung anak dewa;
Hendak berpesan dengan angin,
     Angin tidak pandai berkata.


Lihat selanjutnya...(94)
Peribahasa

Angin tak dapat ditangkap,
     asap tak dapat digenggam.

Bermaksud :

Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.

 

Lihat selanjutnya...(35)

535

No smoke without fire

Khabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakap

Kalau tiada api, masakan ada asap

The government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’’etat by a new junta, but no smoke without fire , and the public remained concerned.

Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi kalau tiada api, masakan ada asap, dan orang ramai tetap resah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Belayar atas angin.Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam.Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Angin bersiru, kami tahu.Sudah tahu akan niat seseorang. bersiru = beralih tujuan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Angin berputar, ombak bersabung.Perkara yang amat sulit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjaring angin.Perbuatan yang sia-sia belaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ada angin, ada pokoknya (= pohonnya).Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke mana angin yang deras, ke situ condongnya.Pendirian yang tidak tetap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tahu di angin turun naik.Tahu akan alamat tentang sesuatu peristiwa yang bakal terjadi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tahu di angin berkisar.Tahu akan perubahan hati seseorang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Teraju palingan angin, hati palingan Tuhan.Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas