| Antara dua tengah tiga. | Sakit hampir mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Degar-degar merapati. | Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Masak durian, masak manggis. | Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sekatalah jengkal dengan jari. | Bersesuaian antara pekerjaan dengan orang yang membuatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lupa mengingatkan, terlelap menjagakan. | Ingat mengingatkan antara orang yang bersahabat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bertelingkah bagai antan di lesung. | Berselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bunyi semacam kumbang menyeri bunga. | Bunyi percakapan yang lemah antara kedengaran dengan tiada. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Berdua terkunci, bertiga terbuka. | Rahsia hanya dapat disimpan di antara dua orang saja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga. | Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Banyak air sedikit minyak, minyak juga di atas. | Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |