| Terjual terbeli. | Apa-apa yang hendak disuruhkan kepada orang lain, hendaknya dapat pula dilakukan sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tiada berbulu lagi. | Tiada punya apa-apa lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Burung hantu kesiangan. | Tak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Betik sudah gentas. | Tiada dapat menghasilkan apa-apa lagi. gentas = habis. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menempuh baik, ditempuh istimewa lagi; durian tidak apa-apa, mentimun juga yang binasa. | Perlawanan yang tidak sebanding (seperti orang bodoh melawan orang pandai-pandai dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai ayam kena kepala. | Tidak dapat berbuat apa-apa; bingung. kena kepala = kena lempar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mengembalikan manikam ke dalam cembulnya. | Memikirkan kembali apa-apa yang telah terkatakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Nan dimaksud sampai, nan diamal pecah. | Sudah tercapai apa-apa yang dicita-citakan. amal = idaman, cita-cita. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah mati kutu. | Sudah tidak bertenaga lagi; tak dapat berbuat apa-apa lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti kancah ditawar. | Ternganga dan terdiam saja tak dapat berkata apa-apa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |