| Apabila tumbuh-nyiur itu patah, tumbuh-nyiur juga akan gantinya. | Ganti yang hilang mestilah yang sama pula. tumbuh-nyiur = tunas bibit kelapa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang. | Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir. | Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Habis hulubalang bersiak. | Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya. siak = orang yang hidup miskin kerana Allah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belum ditumbuk belumlah bengkak. | Apabila sudah berbudi barulah ada tanda balas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang bahasa lenyap bangsa. | Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Lalu penjahit, lalu kelindan. | Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lulus [= lalu] jarum, lulus [= lalu] kelindan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tiada biduk karam sebelah. | Apabila seseorang mendapat kecelakaan, tentu kaum keluarganya akan ikut menolong. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kasih tidak bersekutu dengan bijak. | Apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat-celanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Punggur rebah, belatuk menumpang mati. | Apabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |