Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata api-api I

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(122)
Peribahasa

Api nan tak kunjung padam.

Bermaksud :

Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Api padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi.Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Api nan tak kunjung padam.Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Api kecil baik dipadam.Basmilah kejahatan itu semasa ia kecil lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan.Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Api dengan air, alangkah bezanya.Jahat dengan baik amat jauh bezanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan.Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Meniup api di atas air.Melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti api memakan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi.Marabahaya yang tak dapat ditolak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti api dengan asap.Pertalian yang tak dapat dipisahkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bak cetus api.Sangat cepat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas