Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ara his

Puisi
 

Potong ara potong kelapa,
     Potong mari belakang mati;
Mabuk arak tidak mengapa,
     Mabukkan janda membawa mati.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Ara tak bergetah.

Bermaksud :

Suatu perkara yang mustahil.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pinjam kayu ara.Meminjamkan wang kepada orang besar, akhirnya rugi percuma. (kayu ara semboyan kebesaran).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ara tak bergetah.Suatu perkara yang mustahil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai ara hanyut.Tidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi singgah-singgah di jalan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menantikan ara tak bergetah.Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertunjang kayu ara, bertunjang pula mali-mali.Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang, b. Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang). mali-mali = sebangsa tumbuhan yang mempunyai tunjang juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut.Orang yang memang berani takkan jadi pengecut. kecambah = tumbuhan kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tinggi kayu ara dilangkahi, rendah bilang-bilang diseluduki.Melakukan atau mengerjakan sesuatu hendaklah menurut keadaannya yang wajar, meskipun kadang-kadang ganjil pada perasaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Utang (hutang) (= pinjam) kayu ara.Hutang yang tak mungkin terbayar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rendah bilang-bilang disuruki (= diseluduki), tinggi kayu ara dilangkahi.Berbuat sesuatu atau menghadapi seseorang hendaklah menurut peraturan yang lazim. bilang-bilang = gelang, sejenis tumbuhan yang rendah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menantikan kucing bertanduk.Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kuaran bertelur, d. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas