Sudah arang-arang, hendak minyak pula. | Dulu dikeji, sekarang dipuji. (Bandingkan dengan: Sudah diludah dijilat kembali [= balik]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah diludah dijilat kembali (= balik). | Memuji kembali yang sudah dicela; yang sudah dibuang dipungut kembali. (Bandingkan dengan: Sudah arang-arang, hendak minyak pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih. | Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Arang habis besi binasa. | Pekerjaan yang sia-sia. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Arang di dahi (= di kening, di muka). | Mendapat malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berpatah arang berkerat rotan. | Memutukan tali persahabatan (persaudaraan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Membasuhkan arang yang terconteng di muka. | Membersihkan diri daripada malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Muka berconteng arang. | Mendapat malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terpijak benang arang, hitam tapak. | Berbuat jahat, jahat balasannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Benang arang orang jangan dipijak. | Jangan mencabuli rumah tangga orang. benang arang = benang yang dipakai tukang kayu untuk menggaris. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |