| Calak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang. | Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik; sekadar untuk mencukupi keperluan saja. calak-calak = lampas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pisau tiada berbaja, makin dikilir bertambah tumpul. | Orang yang tiada berilmu makin kaya makin sombong. baja = besi keras; kilir = gosok, asah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Hilang tapak tukul, timbul tapak canai. | Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. tukul = pemukul kecil; canai = asah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |