Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.sam] | اسم

Definisi : 1. segala sesuatu yg masam rasanya: dia suka benar makan ~; 2. berasa spt rasa cuka, masam (spt rasa mangga muda): ~ benar buah ini; ~ arang Id asid karbonik; ~ belerang Id asid sulfur; ~ garam a) berbagai-bagai jenis asam ber­­serta garam: segala persediaan diminta oleh bidan, ~ garam, buah keras, dll; b) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); ~ ko Kd sj buah masam yg dikeringkan, asam masin; tahu ~ garam tahu selok-belok sesuatu; ~ di darat, ikan di laut (= garam di laut, ~ di gu­nung) bertemu dlm belanga = laksana garam dgn ~ prb kalau sudah jodoh akan bertemu juga betapa pun jauhnya (jodoh itu tidak dapat ditentukan); sudah se~ dan segaramnya prb sudah tidak ada celanya (peker­jaan, perbuatan); sudah banyak makan ~ garam prb sudah banyak pengalaman; mengasam membersihkan (sesuatu) dgn asam: ~ keris; mengasami membubuh asam pd; mengasamkan merendam (bahan makanan tertentu) dlm cuka atau asam supaya masam, menjeruk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sam] | اسم

Definisi : sj tumbuhan (pokok); ~ belanda sj tumbuhan (herba dan buahnya), Hibiscus sabdariffa; ~ jawa sj tumbuhan (pokok dan buahnya yg digunakan dlm masakan), Tama­rin­dus indica; akar ~ kumbang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sulur kerang, akar kucing suci, Embelia ribes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.sam] | اسم

Definisi : 1 (be)rasa spt rasa cuka; masam. 2 segala benda yg masam rasanya. ~ garam berbagai-bagai asam berserta garam. ~ gelugur (keping) buah gelugur yg telah dipotong-potong serta dikeringkan dan digunakan dlm masakan dsb. ~ jawa nama sj pokok atau buahnya, Tamarindus indica. mengasam membasuh sesuatu dgn asam: ~ keris. mengasamkan menjadikan masam dgn membubuh asam atau cuka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asam

Puisi
 

Bukan asam sebarang asam,
     Asam kandis dari seberang;
Bukan hitam sebarang hitam,
     Tidak puas mata memandang.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Keluk paku asam (= kacang) belimbing;
     anak dipangku kemanakan dibimbing.

Bermaksud :

Anak dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai melihat asam.Ingin sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Keluk paku asam (= kacang) belimbing; anak dipangku kemanakan dibimbing.Anak dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai garam dengan asam.Sepadan benar; akan bertemu juga akhirnya, (tentang lelaki dan perempuan yang memang jodohnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai asam dengan garam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagai asam dengan garam.Sepadan benar; akan bertemu juga akhirnya, (tentang lelaki dan perempuan yang memang jodohnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai garam dengan asam).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga.Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga.Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tua-tua terung asam, makin tua selera makin tajam.Orang tua yang kemuda-mudaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas