Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata asap his

Puisi
 

Asap tinggi ngulung-ngulung,
     Anak buaya menggonggong bangkai;
Harap hati nak memeluk gunung,
     Apakan daya tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(30)
Peribahasa

Menggantang asap,
     mengukir langit.

Bermaksud :

Memikirkan (menghendaki) yang bukan-bukan; melakukan perbuatan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(11)

536

There's no smoke without fire

Khabar angin yang didengar mengenai sesuatu perkara itu tentu sedikit sebanyak ada kebenarannya kerana jika tidak, masakan orang bercakap

Kalau tiada api, masakan ada asap

The government refuted the allegations made by the local newspaper that were would be a coup d’etat by a new junta, but there’’s no smoke without fire, and the public remained concerned.

Kerajaan menyangkal dakwaan akhbar tempatan bahawa junta baru akan membuat rampasan kuasa, tetapi kalau tiada api, masakan ada asap, dan orang ramai tetap resah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mengusir asap, meninggalkan api.Mencari sesuatu yang kurang penting, meninggalkan yang lebih penting.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggantang asap, mengukir langit.Memikirkan (menghendaki) yang bukan-bukan; melakukan perbuatan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum dipanjat asap kemenyan.Belum kahwin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau ada asap, tentu ada api.Tiap-tiap sesuatu ada asal mulanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti api dengan asap.Pertalian yang tak dapat dipisahkan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Titian air, polong asap.Orang pengantara yang menolong mencarikan keuntungan dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa tahu.Kesusahan yang tidak diketahui oleh orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam.Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau tak ada api, masakan ada asap.Jika tidak bersalah masakan dituduh orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima.Melakukan pekerjaan yang sulit. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menggantang anak ayam, b. Menggantang asap, mengukir langit).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas