Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan. | Tak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha. (Peribahasa lain yang sama makna: Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti bulan dimakan rahu. | Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mabuk kerana beruk berayun. | Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna. (Bandingkan dengan: Dilengah [= dimabuk] beruk berayun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Leka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang, burung terbang dipipiskan lada. | Membuat pekerjaan yang merugikan. leka = asyik, lalai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu. | Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |