Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atap

Puisi
 

Patah atap kerana buluh,
     Atap dijalin dengan tali;
Patah sayap bertongkat paruh,
     Namun undur pantang sekali.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Air cucuran atap,
     jatuhnya kepelimbahan.

Bermaksud :

Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. pelimbahan = tempat air yang kotor.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Atap rumbia perabung upih, rumah besar berdinding papan.Barang yang baik dicampurkan dengan barang yang buruk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan.Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. pelimbahan = tempat air yang kotor.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air di tulang bumbungan, turunnya ke cucur atap.Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Air cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang yang selancaran alu, atap yang berjahit, bendul bertekan.Perkauman yang dekat menurut adat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menengadah membilang layas, menungkup membilang lantai.Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu. layas = bilah tempat meletakkan atap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas