Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. wap air yg bergumpal-gumpal di udara (kelihatan spt asap berwarna putih atau kelabu di langit): cahaya matahari menembusi ~ menyinari bumi; 2. corak ukiran; ~ bakat kuning awan yg kekuning-kuningan; ~ bakat merah awan yg kemerah-merahan; ~ belanda ukiran yg berbentuk daun-daun; ~ berarak a) awan yg bergerak; b) ukiran yg berupa daun yg berbelit; ~ berjentera ukiran yg berupa bulatan-bulatan; ~ berkeluk = ~ lingkungan ukiran yg berupa separuh bulatan; ~ bersilap ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ biji timun ukiran spt biji timun; ~ bunga cengkih ukiran spt bunga cengkih; ~ cina ukiran yg berlekuk-lekuk; ~ dandan = ~ dendan = ~ selimpat ukiran spt anyaman; ~ gelugur ukiran yg berjalur-jalur; ~-gemawan berbagai-bagai rupa awan; ~ hitam mendung; ~ jawa ukiran yg separuhnya berupa daun-daun; ~ kelarai ukiran yg berupa petak-petak; ~-ke­mawan awan yg berkepul-kepul; ~ kera­wang ukiran yg tembus; ~ larat a) awan yg ber­pindah-pindah dibawa angin; b) sj ukiran yg coraknya berkait-kait; ~ mengandung hujan = ~ mendung awan hitam, mendung; ~ pengarak angin awan yg menandakan akan datang angin; ~ pintal ukiran yg berbelit-belit; ~ pucuk rebung ukiran yg merupai pucuk rebung; ~ tali air ukiran yg lurus-lurus; ~ tele­pok ukiran yg menyerupai bunga teratai; berawan diliputi awan: langit tidak ~;mengawan 1. menjadi atau tampak spt awan, menyerupai awan: burung bangau yg ter­bang itu putih ~ di udara; 2. meninggi, mem­bumbung tinggi (spt menuju ke awan): kemun­cak gunung itu tinggi ~; 3. terlalu tinggi (bkn hasrat, cita-cita, dsb): apa yg aku kehen­daki itu jauh ~, tak mudah tercapai;merawan berada di atas awan, setinggi awan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : wap air (seakan-akan asap rupanya) yg berkelompok-kelompok melayang di udara; mega: ~-gemawan berbagai-bagai jenis awan. ~ larat a. awan yg kelihatan berpindah-pindah dibawa angin. b. sj ukiran, lukisan dsb yg coraknya berkait-kait. berawan dilitupi awan: Hari panas, langit cerah tidak ~. mengawan 1 menjadi awan; menyerupai awan. 2 naik ke awan; tinggi sampai ke awan; tinggi sekali: Puncak Gunung Kinabalu itu tinggi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata awan

Puisi
 

Awan berarak perlahan-lahan,
     Ditiup angin ke negeri Champa;
Hati sedih tidak tertahan,
     Ingin selalu hendak berjumpa.


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Bulan mengambang dikandung awan.

Bermaksud :

Lelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Putih mengandung awan, kelambaja mengandung hujan.Sesuatu yang belum pasti. kelambaja = awan hitam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulan mengambang dikandung awan.Lelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malam berselimut embun, siang bertudung awan.Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Siang berpanas, malam berembun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan.Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Siang berpanas, malam berembun.Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga. (Peribahasa lain yang sama makna: Malam berselimut embun, siang bertudung awan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas