Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ayam liar, Gallus gallus; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hutan (kata nama)
Bersinonim dengan belantara, rimba, belukar, semak, samun, semak samun, jabun, repuhan, rok;,
Kata Terbitan : menghutan, menghutankan,

Puisi
 

Bukit Beguk barat Melaka,
     Anjing menyalak ayam hutan;
Buah jarak tidak kusangka,
     Jarak menjadi buah rambutan.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Seletus bedil berbunyi,
     mencebur ikan dalam laut,
berkokok ayam dalam hutan.

Bermaksud :

Ucapan pemimpin yang menggemparkan orang di mana-mana.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ayam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya.Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri. ayam beroga = ayam hutan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seletus bedil berbunyi, mencebur ikan dalam laut, berkokok ayam dalam hutan.Ucapan pemimpin yang menggemparkan orang di mana-mana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Celaka ayam, padi masak makan ke hutan.Nasib yang malang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas