Tua-tua telur ayam. | Hanya tua sedikit saja (biasa dipakai untuk merendahkan diri dalam percakapan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar menyelodok ke bawah rumah, asal mendapat telur ayam. | Biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ayam mengeram telur. | Peri keelokan, merah muka seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam mengarang telur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai ayam mengarang telur. | Peri keelokan, merah muka seseorang. mengarang telur = hampir bertelur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berketuk ayam dalam telur. | Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga. | Perangai atau kelakuan baka tiada siapa yang dapat mengubahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menerka ayam di dalam telur. | Melakukan sesuatu yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menamai anak dalam kandungan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Menamai anak dalam kandungan. | Melakukan sesuatu yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menerka ayam di dalam telur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Telur hari ini, lebih baik daripada anak ayam besok. | Pendapatan hari ini lebih baik daripada pendapatan besok. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |