Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung yg menyerupai ayam, ayam mei, Gallierex cinerea. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ayam-ayam

Puisi
 

Ayam denak ayam dani,
     Ayam cempa makanlah padi;
Kalau tiada abang di sini,
     Kamilah rindu sampai ke mati.


Lihat selanjutnya...(149)
Peribahasa

Ayam yang tangkas di gelanggang.

Bermaksud :

Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.

 

Lihat selanjutnya...(118)

238

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Ayam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya.Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri. ayam beroga = ayam hutan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam yang tangkas di gelanggang.Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling.Tidak senang melihat kebahagiaan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam terlepas, tangan bau tahi.Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam tak patuk, itik tak sudu.Keadaan orang yang hina dalam masyarakat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam.Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam seekor bertambang dua.Gadis seorang, dua bujang yang ingin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam pulang ke pautan.Sudah pada tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam menang, kampuh (= kampung) tergadai.Keberuntungan yang tidak ada faedahnya. kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam itik, raja pada tempatnya.Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910...

Kembali ke atas