Badan sudah dua senyawa. | Sudah sehidup semati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki. | Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Badan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa. | Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar badan penat asalkan hati suka. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan rela hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga. | Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar penat badan asalkan hati suka. | Mengerjakan sesuatu dengan suka hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bernafas keluar badan. | Lebih percaya kepada pendapat orang lain daripada pendapatnya sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya. | Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerana mulut badan binasa. | Mendapat kecelakaan kerana perkataannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terdorong kaki badan merasa, terdorong lidah emas padahnya. | Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah hati-hati; janji wajib ditepati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |