| Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan. | Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bagai kucing menjemput api. | Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Alim bagai katak di tepi air. | Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kena-kena seperti santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala. | Suatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas. | Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kucing menjemput api). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |