Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya. | Orang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya. | Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Alah pinta dibuat sempena. | Biar bagaimanapun diharapkan, kalau bukan hak tidaklah diperoleh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Besar, besar istana raja; kecil, kecil pondok sendiri. | Walau bagaimanapun senang di rumah besar kepunyaan orang, tidaklah sama dengan kesenangan di rumah sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seberat-berat kayu, terapung juga dalam air. | Fikiran seseorang itu biar bagaimanapun teguhnya dapat juga dihasut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau. | Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berketak ayam mandul; orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak. | Orang yang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, tetapi nasibnya tetap tidak berubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik juga di negeri kita. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita; baik juga di negeri kita. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri oang; baik juga di negeri kita). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hujan emas di negeri orang, hujan batu (= keris lembing) di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. | Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |