Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagus

Puisi
 

Jika tuan memanting gambus,
     Gambus dipanting si burung pingai;
Bukan tuan memaksa bagus,
     Kami memaksa budi perangai.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Dendang menggonggong telur.

Bermaksud :

Perempuan hodoh berpakaian bagus. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai gagak menggonggong telur).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Elok palut pengebat kurang.Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik. palut = balut, bungkus; kebat = ikat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dendang menggonggong telur.Perempuan hodoh berpakaian bagus. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai gagak menggonggong telur).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai gagak menggonggong telur.Perempuan hodoh berpakaian bagus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berteras keluar bagai pimping.Kelihatan di luar bagus (kaya dan sebagainya), tetapi sebenarnya sangat melarat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai umang-umang.Orang yang suka berpakaian bagus tetapi bukan miliknya sendiri. umang-umang = ketam di laut.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti delima merekah.Mulut dan gigi yang bagus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memakan hendak lemang, membeli hendak pelo.Inginkan barang yang bagus, tetapi tidak berani membayar mahal. pelo = ubi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin.Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. dek gerindin = kena sebangsa penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sangkar emas, tenggeran suasa.Lelaki yang menanti isterinya dengan rumah yang bagus serta cukup alat perkakasnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti bisai makan sepinggan.Sesuatu yang sangat patut dan sesuai. bisai = elok, bagus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas