Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahu;

Puisi
 

Berdentum guruh di atas papan,
     Kilatnya sampai di atas bahu;
Tujuh syurga di dalam badan,
     Tolong huraikan satu persatu.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Diberi bahu,
     hendak kepala.

Bermaksud :

Perihal anak yang dimanjakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bahu memikul, hati menyokong.Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Diberi bahu, hendak kepala.Perihal anak yang dimanjakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memikul di bahu, menjunjung di kepala.Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menumbuk di lesung, bertanak di periuk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya.Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, d. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan.Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, d. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tangan mencencang (= memetik, menetak), bahu memikul.Yang bersalahlah yang menerima hukuman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu.Perintah atau hukuman yang sangat berat dan keras.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat beban, belum lepas daripada bahu (= kepala).Belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul.Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menumbuk di lesung, bertanak di periuk.Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Memikul di bahu, menjunjung di kepala).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas