Seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu: hinggap ke batang, batangnya mati; hinggap ke ranting, rantingnya patah. | Orang yang jahat (khianat) apabila berhimpun dengan orang baik-baik, nescaya binasalah orang baik-baik itu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Taruh beras dalam padi. | Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada beras, taruh dalam padi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Emas berpeti, kerbau berkandang. | Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerbau berkandung, emas berpura). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kerbau kandang, emas berpura. | Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat. (Peribahasa lain yang sama makna: Emas berpeti, kerbau berkandang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Musang berbulu ayam. | Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Serigala berbulu domba). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Serigala berbulu domba. | Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Musang berbulu ayam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ada beras, taruh dalam padi. | Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Taruh beras dalam padi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diperluas parak, tidak disiangi. | Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti. | Tempat yang tidak dijaga baik-baik, di situlah pencuri datang; siapa lengah akan mendapat bencana; orang yang bodoh mudah kena tipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Malu, kalau (= jikalau) anak harimau menjadi anak kambing. | Tidak patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi penakut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |