Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada. | Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tak bermeriam, baiklah diam. | Orang yang miskin dan lemah tidak usahlah banyak berangan-angan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tak ada berlela, baiklah mereka. | Jika tak ada daya upaya maka terimalah nasib. mereka = mencari akal. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati daripada hidup. | Lebih baik mati daripada hidup menanggung malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah). | Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau tidak ada senapang, baik berjalan lapang. | Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau. | Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai (= laut). | Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Terpijak di tanah kapur, putih tapak; terpijak di tanah arang, hitam tapak. | Perbuatan baik, baiklah akibatnya; perbuatan jahat, jahatlah akibatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar titik, jangan tumpah. | Lebih baik rosak sedikit asal jangan rosak semuanya; sebelum sesuatu kemelaratan itu menjadi besar baiklah diusahakan untuk menghindarkannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Biar merangkak jangan menjalar, b. Biar senget jangan tertiarap). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |