Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bajak

Puisi
 

Turun ke sawah memikul bajak,
     Hendak menyemai bunting padi;
Sudah terpijak bumi Allah,
     Di situ tempat berakhir janji.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bajak selalu di tanah yang lembut.

Bermaksud :

Orang yang lemah selalu menderita.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bajak sudah terdorong ke bencah.Sudah tak dapat ditarik kembali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bajak selalu di tanah yang lembut.Orang yang lemah selalu menderita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bajak patah, banteng terambau.Kemalangan yang datangnya silih berganti. banteng = lembu; terambau = masuk jurang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai bajak wangkang makan diangkat.Orang yang gemar dipuji. bajak = perompak; wangkang = perahu besar; bajak wangkang = tenggala yang selalu mesti diangkat-angkat waktu menggunakannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Dulu bajak daripada jawi.Bekerja dengan tidak menurut peraturan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Untuk bajak kait, untuk cangkul unjur.Serba tanggung. kait = bengkok, lentuk hujungnya; unjur = terentang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengereng-ereng bagai sangkal makan.Marah yang amat sangat. ereng = miring; sangkal = mata bajak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mayat sudah di tepi kubur.Pekerjaan yang sudah terlanjur, mahu tidak mahu harus dikerjakan sampai selesai; pekerjaan yang sangat mudah. (Bandingkan dengan: a. Bajak sudah terdorong ke bencah, b. Ibarat beban sudah ke tepi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas