Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ju] | باجو

Definisi : pakaian utk menutup badan; ~ alang baju kurung yg berlengan pendek; ~ anggerka ark baju dalam cara India; ~ antakesuma = ~ layang sl baju utk terbang; ~ antari = ~ lantari ark baju spt baju anggerka (cara Arab); ~ ayat = ~ pelias ark baju belah yg berazimat; ~ bajang = ~ bersayap ark baju belah yg menyerupai ekor burung layang-layang; ~ basterop Id baju yg tidak ada kolar dan lengan; ~ belah bakung ark baju yg berlengan pendek (berbelah di bahu); ~ belah benian = ~ bunian sj baju belah; ~ belah Bentan = ~ Bentan = ~ Mintan ark baju belah yg pergelangan lengannya berbelah; ~ besi baju drpd besi (dipakai dlm peperangan); ~ beskat = ~ weskot baju yg dipakai di bawah baju kot; ~ bidadar ark baju kot pengantin baru; ~ bakdung ark baju yg berbutang di belakang; ~ Cina baju potongan Cina; ~ dalam anak baju; ~ hujan sj baju labuh drpd bahan kalis air, mis plastik yg dipakai utk melindungi seseorang drpd dibasahi air hujan; ~ jas Id kot; ~ (kanji) perak = ~ kanji perap = ~ kain jiperak ark anak baju; ~ Johor a) baju Melayu yg tidak berkolar; b) baju kurung; ~ kebaya baju perempuan, yg pendek dan berbelah di bahagian dada; ~ kemeja baju potongan Eropah; ~ kepuk baju yg berleher tinggi; ~ kuntum sj baju potongan Melayu; ~ kurung baju yg tidak berbelah dada; ~ kutang anak baju (perempuan); ~ maskat ark baju dalam yg diikatkan di belakang; ~ Melayu baju laki-laki potongan Melayu; ~ monyet Id sj baju anak-anak (baju dan seluar bersambung); ~ panas a) = ~ sejuk b) anak baju; ~ pendapan = ~ pendepan = ~ pendipun = ~ mendipun = ~ jipun ark baju Sumatera yg dihiasi bunga drpd emas perada; ~ pesak sebelah ark baju belah yg dadanya dua lapis; ~ pokok ark baju belah yg tidak berlengan; ~ rantai sj baju besi drpd rantai kecil-kecil; ~ sejuk = ~ panas baju yg dipakai utk memanaskan badan; ~ seroja = ~ teratai ark baju Sumatera yg berbunga benang emas; ~ sikap sj baju Jawa berlengan panjang; ~ songsong barat sl baju antakesuma; ~ tapung sj baju Bugis; ~ Teluk Belanga baju Melayu; ~ toro ark baju Jawa yg dipakai oleh pelayan; ~ indah dr balai, tiba di rumah menyarungkan prb hukum yg telah putus dan tidak boleh dibanding lagi; bagai memakai ~ sempit prb perbuatan yg tidak sesuai dgn keadaan diri; mengukur ~ di badan sendiri prb kejahatan kita jangan dijadikan pengukur kejahatan orang lain (atau darjat kita jangan disamakan dgn darjat orang lain); mencabik ~ di dada prb meceritakan aib sendiri;berbaju memakai baju;membajui mengenakan (memakai) baju kpd: ~ boneka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ju] | باجو

Definisi : pakaian utk menutup bahagian badan sebelah atas atau kadang-kadang juga utk menutup seluruh tubuh: ~ dalam; ~ hujan; ~ mandi; ~ tidur dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baju

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.

Bermaksud :

Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Campak baju nampak kurap.Mendedahkan keburukan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu.Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Koyak baju mahu ukur badan.Merosakkan sesuatu yang hendak disempurnakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencabik baju di dada.Menceritakan aib kaum keluarga sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ukur baju di badan sendiri.Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Biasa di sayak dibawa ke dulang, biasa kepada awak dibawa kepada orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai memakai baju pinjaman.Tidak pada tempatnya, sehingga canggung kelihatannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai melulus baju sempit, bagai terbuang kesisipan.Berasa senang kerana terlepas daripada kesukaran. kesisipan = kemasukan duri dalam daging.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengukur baju di badan sendiri.Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengenakan baju di badan maka sesuai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengenakan baju di badan maka sesuai.Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kelik-kelik dalam baju.Musuh dalam selimut. kelik-kelik = semut yang berbisa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas