Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : baju laki-laki potongan Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baju melayu

Puisi
 

Baju awak baju merah,
     Baju saya baju biru;
Nyanyi adik nyanyi sekolah,
     Nyanyi saya nyanyi rindu.


Lihat selanjutnya...(112)
Peribahasa

Mengenakan baju di badan maka sesuai.

Bermaksud :

Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mengukur baju di badan sendiri.Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengenakan baju di badan maka sesuai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengenakan baju di badan maka sesuai.Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Campak baju nampak kurap.Mendedahkan keburukan diri sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencabik baju di dada.Menceritakan aib kaum keluarga sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Koyak baju mahu ukur badan.Merosakkan sesuatu yang hendak disempurnakan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai memakai baju pinjaman.Tidak pada tempatnya, sehingga canggung kelihatannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Memelihara penyengat dalam baju.Mempunyai musuh dalam rumah tangga sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kelik-kelik dalam baju.Musuh dalam selimut. kelik-kelik = semut yang berbisa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sayangkan kain, buangkan baju; sayangkan lain, buangkan aku.Isteri yang mencari kekasih lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai melulus baju sempit, bagai terbuang kesisipan.Berasa senang kerana terlepas daripada kesukaran. kesisipan = kemasukan duri dalam daging.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas