Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ka] | باک

Definisi : 1. keluarga (yg menurunkan), asal keturunan (ayah dll); 2. benih (haiwan atau tumbuhan); membuang ~ menyimpang drpd sifatnya (asalnya) yg turun-temurun, mencemarkan nama baik keluhurannya (orang tua dll); saka ~ (keluarga) yg menurunkan, (sifat-sifat) keturunan, turun-temurun;pembakaan perihal memperkembang baka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ka] | باک

Definisi : Kl, Tr sj tumbuhan (pokok), inai-inai, Erythroxylon cuneatum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ka] | باک

Definisi : 1 asal yg dimiliki drpd nenek moyang; asal usul; asal keturunan: ~ kita semuanya orang baik-baik dan bersopan santun. membuang ~ merosakkan nama baik datuk nenek. 2 benih (bagi haiwan atau tumbuh-tumbuhan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baka

Peribahasa

Bapa burik anaknya tentu rintik.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bagaimana rupa begitulah bayangnya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagaimana rupa begitulah bayangnya.Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bapa burik anaknya tentu rintik.Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bagaimana rupa begitulah bayangnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya.Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga.Perangai atau kelakuan baka tiada siapa yang dapat mengubahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas