| Bandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua. | Sudah terlambat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Upah lalu, bandar tak masuk. | Tidak mendatangkan hasil sedikit juga, melainkan kerugian semata-mata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi. | Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Diam di laut, masin tidak; diam di bandar tak meniru. | Tidak menghiraukan segala perubahan terutama perubahan-perubahan yang baik. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gigi tanggal, rawan murah. | Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: Mata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |