Bagai siamang kurang kayu. | Sangat susah hati kerana kekurangan barang-barang keperluan. (Bandingkan dengan: Bagai bunyi siamang kenyang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apalagi sawa, ia berkehendakkan ayamlah! | Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Hilang penjahit berkerbau-kerbau. | Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Penjahit hilang di tiga hari dengan kerbau. | Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang penjahit berkerbau-kerbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jadi dinding lasak peti manian. | Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Laksana pencalang tersarat, tiada ke timur tiada ke barat. | Orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja. pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang yang jauh hendak dicekau, tangan pendek dihubung tak sampai. | Keinginan terlalu amat, tetapi tidak ada daya upaya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang yang dikata, itulah kota. | Janji hendaklah ditepati. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa yang berkata harus berkota). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang siapa yang berketuk, ialah yang bertelur. | Siapa yang berasa bila disindir maka dialah yang bersalah. (Peribahasa lain yang sama makna: Siapa berkotek, siapa bertelur). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Barang siapa menggali lubang, dialah yang akan terperosok ke dalamnya dulu. | Siapa yang mencari jalan hendak menjatuhkan orang, maka dia sendiri kelak akan mendapat kesusahan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |