Sudah kalah baru berkubu. | Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kecurian baru mengunci pintu, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah kecurian baru mengunci pintu. | Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Baru bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup. | Belum banyak untungnya sudah belanja besar-besaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Baru bertatih hendak berlari, tersembam. | Membuat pekerjaan yang lebih daripada yang tersanggup. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Baru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang. | Belum lagi cukup umur sudah hendak berlagak seperti orang tua-tua. lepang = sejenis pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam baru belajar berkokok. | Baru cukup umur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah lulus maka hendak melantai. | Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang). melantai = memasang lantai. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah merasa maka (= baru) santun. | Baru ada belas kasihan sesudah menderita kesusahan. santun = baik budi bahasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Teperlus maka hendak menutup lubang. | Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubu, b. Sudah kecurian baru mengunci pintu, c. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah terantuk baru tengadah. | Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah jatuh ditimpa tangga, b. Sudah kalah baru berkubu, c. Sudah kecurian baru mengunci pintu, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Sudah lulus maka hendak melantai). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |