Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barulah

Puisi
 

Tinggi-tinggi matahari,
     Tinggi lagi bulan purnama;
Sungguh lama saya mencari,
     Barulah berjumpa sahabat menjelma.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Ditumbuk dikisar barulah lumat.

Bermaksud :

Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bertumpu dulu barulah melompat.Jangan terburu-buru melakukan sesuatu pekerjaan, cukupkan dulu persediaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditumbuk dikisar barulah lumat.Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu.Perkara yang mustahil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau kubuka tempayan budu, barulah tahu.Kalau dibuka rahsianya, tentu mendapat malu. budu = pekasam ikan kecil-kecil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama sirih, menjalar dulu kemudian melilit, barulah memanjat ke pucuk junjung.Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dikerjakan mengikut aturannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belum ditumbuk belumlah bengkak.Apabila sudah berbudi barulah ada tanda balas.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Cakak sudah, silat teringat.Perkara sudah selesai, barulah terdengar keterangan atau sungutan. cakak = kelahi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pucuk layu disiram (= ditimpa) hujan.Setelah menderita barulah mendapat kesenangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berteguran dulu maka berkenalan, mendaki dulu maka tahu lelah.Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis beralur maka beralu-alu.Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. beralur = berunding.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas