Basah kuyup mandi peluh, tanam padi lalang yang tumbuh. | Berpenat lelah membuat sesuatu pekerjaan tetapi hasilnya sia-sia belaka. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain basah kering di pinggang. | Sangat miskin. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sudah basah kehujanan. | Berturut-turut mendapat kesusahan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lagi jatuh ditimpa tangga, b. Sudah hamba diperhambakan pula, c. Sudah jatuh ditimpa tangga, d. Sudah kering terjemur pula, sudah garing kena ramas pula, e. Terjatuh dihimpit janjang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak basah parut pipit. | Air yang sangat sedikit. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka. | Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Direndam tak basah. | Sangat sukar dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Direbus tak empuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Karam berdua basah seorang. | Dua orang berbuat salah, seorang saja yang kena hukum. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mandi tak basah. | Orang yang keras hati; terlalu rindu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Memerah kain basah orang. | Mengerjakan urusan orang lain tanpa mendapat sesuatu faedah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rendam tak basah. | Tak mudah dikalahkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Rebus tak empuk). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |