| Basuh tangan petap abu. | Berharapkan sesuatu benda daripada orang yang bakhil, tentulah mustahil. petap = mengeringkan sesudah dibasahi; tekap. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Licin bagai basuh perahu. | Menderita kerugian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti air basuh tangan. | Barang yang mudah diperoleh kerana murah atau kerana sudah biasa. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Naik basuh kaki saja. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak payah basuh kaki tangan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tak payah basuh kaki tangan. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik basuh kaki saja). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kawin (kahwin) naik basuh kaki saja. | Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Naik ke rumah bercuti kaki saja). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Naik ke rumah bercuci kaki saja. | Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kawin [kahwin] naik basuh kaki saja). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |