Bagai kerakap tumbuh di batu (= atas batu). | Hidup dalam kemelaratan. kerakap = sebangsa sirih tetapi tidak dimakan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu yang selalu bergolek itu tak dilekati lumut. | Orang yang suka berpindah-pindah pekerjaan itu tidak mungkin mencapai kemajuan dalam hidupnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu yang selalu bergolek di dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut. | Orang yang mahir dalam undang-undang, biasanya jarang terkena tipu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu yang keras air pelekuknya; hati yang keras lidah pelembutnya. | Orang yang keras hati dapat dipujuk dengan perkataan yang lemah-lembut. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu pun empuk, jangankan hati manusia. | Perkataan yang lemak manis dapat menawan hati yang keras. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu direbus masakan empuk. | Orang bodoh tak dapat diberi ajaran. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu bulat tak bersanding. | Orang yang tidak mempunyai perasaan takut. sanding = dekat, damping. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Batu kecil berguling naik, batu besar berguling turun. | Orang biasa menjadi mulia kerana harta; orang mulia menjadi hina sebab tiada berharta. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbunyi batu berbunyilah dia. | Tidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Lekuk batu dititik air selalu. | Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |