Jauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing). | Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam. | Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar. (Peribahasa lain yang sama makna: Jauh bau bunga, dekat bau tahi [= kencing]). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bau malaikat terhempas. | Harum sekali, terutama tentang perempuan muda yang memakai wangi-wangian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga. | Belum cukup umur sudah hendak beristeri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bau busuk tidak berbangkai. | Celaan (fitnah dan sebagainya) yang tidak benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mulut bau madu, pantat bawa sengat. | Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Muka licin, ekor berkedal). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Harum menghilangkan bau. | Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Geruh tak mencium bau. | Kemalangan terjadi tanpa diketahui. (Peribahasa lain yang sama makna: Geruh tak berbunyi, malang tak berbau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ayam terlepas, tangan bau tahi. | Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tuan belum berhawadaba lagi saya sudah tahu. | Lebih dulu mengetahui maksud seseorang. hawadaba = aliran udara, bau yang dibawa udara. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |