| Baunya setahun pelayaran. | Amat busuk sekali. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sudah tercium baunya. | Rahsia atau kejahatannya sudah mulai diketahui. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Umpama kasturi, kerana baunya hilang nyawanya. | Mendapat kecelakaan kerana memperlihatkan keunggulannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kasturi mati kerana baunya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Harimau mati kerana belangnya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya). kasturi = tikus kecil yang harum baunya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga. | Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya. | Sukakan kepada sesuatu itu kerana faedah yang dapat diperoleh daripadanya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Musang jebat lari tinggal baunya. | Orang yang baik atau jahat itu, apabila pindah ke tempat lain, namanya akan disebut-sebut orang juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Bunga tengah kembang di taman, baunya merebak ke mana-mana. | Kecantikan seorang gadis yang telah gah ke mana-mana. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Menyimpan embacang masak. | Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Gajah mati kerana gadingnya. | Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harimau mati kerana belangnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |