Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawa

Puisi
 

Bawa tombak bawa cermin,
     Sapu tangan simpul pulih;
Nampak bayang dalam cermin,
     Hendak dibawa tidak boleh.


Lihat selanjutnya...(125)
Peribahasa

Seperti lebah: mulut bawa madu,
     pantat bawa sengat.

Bermaksud :

Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk.Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri. (Bandingkan dengan: Seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti lebah: mulut bawa madu, pantat bawa sengat.Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk geronggang bawa pelita.Kalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jangan bawa resmi jagung: makin berisi makin jegang (= tegak).Makin kaya (berilmu) makin sombong. (Bandingkan dengan: a. Baik membawa resmi padi, daripada membawa resmi lalang, b. Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kusut di hujung, lari (= bawa) ke pangkal.Pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang.Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mulut bau madu, pantat bawa sengat.Pada lahirnya baik, tetapi hatinya jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Muka licin, ekor berkedal).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Keris panjang berkeluk, ke mana bawa ke mana olok.Orang yang dapat digunakan untuk sebarang maksud; anak muda yang 'dimakan' pakaian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak.Kebiasaan sejak kecil, menjadi tabiat yang sukar diubah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah calit, jangan palit.Kalau sudah sendiri berbuat jahat jangan dibawa-bawa pula orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas