Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung nuri, Psittacula spp.; ~ api, Psittacula alexandri; ~ budiman, Psittacula eupatria; ~ lepas, Psittacula krameri;niat hati nak getah ~, sudah tergetah burung serindit prb lain yg diingini, lain yg didapat (diingini adik tetapi mendapat kakak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayan I

Puisi
 

Kalau tuan selasih dani,
     Burung bayan buat sarang;
Kalaulah tuan kasihkan kami,
     Rebutlah saya di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bayan di tangan habis terlepas.

Bermaksud :

Nasib yang malang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Kalau sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga; serindit, serindit juga.Manusia itu tetap berbeza, sekalipun berasal daripada satu keluarga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bayan di tangan habis terlepas.Nasib yang malang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit.Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas