Tiada beban dicari (= mencari) beban. | Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tak beban, batu digalas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak beban, batu digalas. | Mendapat susah kerana mencampuri urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Tiada beban dicari [= mencari] beban). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beban sudah di pintu. | Anak gadis yang sudah besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Beban berat senggulung batu. | Tanggungan yang sangat berat. senggulung = kain (sabut dan sebagainya) yang digulung dan ditaruh di kepala untuk mengganjal barang yang dijunjung. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berat beban yang sedikit dek hati sakit. | Kerja yang dipaksa biar berapa ringan sekalipun akan terasa berat juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat beban sudah ke tepi. | Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat beban, belum lepas daripada bahu (= kepala). | Belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jadi kuda beban. | Orang suruhan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mencari-cari beban. | Suka mencampuri urusan orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seberat-berat beban, laba jangan ditinggalkan. | Meskipun terpaksa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang berat namun keuntungan jangan dilepaskan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |