Menakik darah di batu (= di alu). | Meminta sesuatu pada orang yang tidak punya; bekerja dengan sia-sia (bekerja berat, sedikit hasilnya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rajin bekerja mudah belanja. | Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pucuk leban gading gajah, bekerja segan makan gagah. | Malas bekerja, tetapi banyak makan. leban = sebangsa pohon. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berarak tidak berlari. | Bekerja bersama-sama yang menggirangkan hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Disuruh pergi dipanggil datang, bekerja kerana perintah, berhenti kerana tegah. | Patuh menurut perintah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berenyai bak hujan pagi. | Bekerja atau bercakap lambat-lambat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dulu bajak daripada jawi. | Bekerja dengan tidak menurut peraturan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kaki naik, kepala turun. | Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala ke bawah, kaki ke atas). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengais dulu maka mencocok. | Bekerja dulu baru diperoleh yang akan dimakan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pantas seperti lipas. | Cepat bekerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |