| Dititik belah, dipalu belah (= datar). | Sesuatu kerosakan yang tak dapat diperbaiki lagi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Ditetak belah dipalu belah, tembikar juga akan jadinya. | Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Belah dada lihatlah hati. | Berkata benar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Retak menanti (= mencari, tanda akan) belah (= pecah). | Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecah menanti sebab, retak menanti belah, b. Raga menanti pecah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Pecah menanti sebab, retak menanti belah. | Sesuatu yang sudah pasti akan berlaku. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Salah cotok terkudung paruh, salah telan belah perut. | Melakukan pekerjaan yang salah tak dapat tiada akan menerima akibatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti pedang bermata dua. | Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti parang [= pisau] mata dua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti gergaji dua mata. | Mencari keuntungan daripada kedua belah pihak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Air besar, batu bersibak. | Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. sibak = cerai, menepi. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Seperti parang (= pisau) mata dua. | Menarik keuntungan daripada kedua belah pihak. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pedang bermata dua). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |