Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.jar] | بلاجر

Definisi : berusaha utk memperoleh ilmu penge­­tahuan (sesuatu kepandaian dll), menun­tut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara ber­niaga; ~ bertukang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.jar] | بلاجر

Definisi : 1 berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan, kepandaian dsb; menuntut ilmu: Sewaktu ~ di London dahulu, ia bekerja di B.B.C. secara sambilan. 2 berlatih supaya pandai atau mahir: ~ berenang; ~ mengaji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belajar

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Ayam baru belajar berkokok.

Bermaksud :

Baru cukup umur.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Baru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang.Belum lagi cukup umur sudah hendak berlagak seperti orang tua-tua. lepang = sejenis pohon.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam baru belajar berkokok.Baru cukup umur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai.Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lekuk batu dititik air selalu.Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mutiara tiada dimuntahkan timbul oleh laut.Ilmu diperoleh dengan belajar atau dengan pengalaman yang bersusah payah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Membuat mahu menuras tidak.Membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas belajar untuk menambahkan pengetahuannya tentang pekerjaan tersebut. menuras = menapis.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam.Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Lekuk batu dititik air selalu, b. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga.Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam, b. Lekuk batu dititik air selalu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas