Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.ka] | بلاک

Definisi : semuanya atau seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya): manusia di dlm hutan itu habis mati ~; ia bercakap sangat manis, pd hal hanya cakap dusta ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.ka] | بلاک

Definisi : semuanya atau seluruhnya sekali dgn tidak ada kecuali: Rumah itu didiami oleh mahasiswa ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belaka

Peribahasa

Bagai rotan,
     asal berinsang dicucuk belaka.

Bermaksud :

Tiada memilih (makanan atau perbuatan).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Lantai dan dinding bertelinga belaka.Mempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat. (Bandingkan dengan: a. Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang, b. Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka.Tiada memilih (makanan atau perbuatan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menjaring angin.Perbuatan yang sia-sia belaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai kinantan hilang taji.Tidak berharga lagi. kinantan = putih belaka (ayam, kuda, dan sebagainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sudah tangan bertuah, mumbang ditanam tumbuh juga.Seseorang yang bernasib baik, apa saja yang dilakukan olehnya berhasil belaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Basah kuyup mandi peluh, tanam padi lalang yang tumbuh.Berpenat lelah membuat sesuatu pekerjaan tetapi hasilnya sia-sia belaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Malang Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai.Orang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam.Orang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak.Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka. (Bandingkan dengan: Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak). gelagah boreh = rambutan jantan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas