Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belalang

Puisi
 

Sapu tangan tepi dikelim,
     Mari kelim sisi belalang;
Sirih pinang boleh dikirim,
     Nak kirim bukannya barang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Belalang dapat menuai.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan tidak dengan sengaja.

 

Lihat selanjutnya...(16)

Lihat selanjutnya...(1)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Belalang disangka elang.Tiada pernah melihat sesuatu yang lebih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belalang dapat menuai.Mendapat keuntungan tidak dengan sengaja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mata belalang belum pecah, sudah hendak membuta.Terlalu lekas masuk ke tempat tidur. membuta = tidur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai mencari belalang di atas akar.Mengerjakan pekerjaan yang sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mujur Pak Belalang.Beruntung secara kebetulan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belalang hendak menjadi elang.Orang bodoh (= hina) hendak berlaku sebagai orang besar (= pandai-pandai). (Bandingkan dengan: Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di tempat tiada 'lang, kata belalang: akulah 'lang!Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai. (Peribahasa lain yang sama makna: Belalang hendak menjadi elang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain padang lain belalang.Adat negeri selalu berlain-lainan. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain lubuk, lain ikannya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tenung-tenung Pak Belalang.Asal menerka atau meramalkan saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama semut mempersembahkan paha belalang kepada raja.Pemberian yang tidak ada ertinya. (Bandingkan dengan: Memberi garam kepada laut).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas