Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belangnya

Peribahasa

Harimau mati kerana belangnya.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati dicatuk katak, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Harimau menunjukkan belangnya.Orang yang memperlihatkan kekuasaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Harimau memperlihatkan kukunya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Harimau mati kerana belangnya.Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati dicatuk katak, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau Si Tua (harimau) menunjukkan belangnya, 'lah tentu kambing bertanggungan.Orang yang lemah berhadapan dengan orang yang kuat, tentu akan kalah akhirnya. bertanggungan = menderita.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya.Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat, b. Terdorong gajah kerana besarnya). (Bandingkan dengan: Gajah mati kerana gadingnya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Orang mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belangnya.Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya.Hendaklah diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara itu sebelum dibuat kesimpulan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mati gajah tiada dapat belalainya, mati harimau tiada dapat belangnya.Tahu membuat pekerjaan yang jahat hendaklah tahu menyembunyikannya pula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah mati kerana gadingnya.Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Harimau mati kerana belangnya, b. Kasturi mati kerana baunya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kasturi mati kerana baunya.Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Harimau mati kerana belangnya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya). kasturi = tikus kecil yang harum baunya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terdorong gajah kerana besarnya.Berbuat sesuatu yang kurang baik oleh kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas