| Nasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan. | Belanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Rajin bekerja mudah belanja. | Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Besar suap daripada mulut. | Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar, b. Besar senggulung daripada beban). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Besar senggulung daripada beban. | Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang. | Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang. lenggang serdadu = sikap yang gagah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Kecil bahan besar penimpanya. | Belanja lebih banyak daripada penghasilan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Masuk tiga, keluar empat. | Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar]) lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh, b. Masuk lima keluar sepuluh, c. Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Masuk lima keluar sepuluh. | Besar belanja daripada penghasilan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Masuk bagai [= sebesar] lubang penjahit, keluar bagai [= sebesar] lubang tabuh). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Sempit bertelempu, lega berlunjur. | Sesuaikanlah belanja dengan penghasilan. telempu = timpuh. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
| Tinggi duduk daripada cangkung. | Besar belanja daripada hasil pencarian. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |