Belayar mengadang (= menentang, menuju) pulau. | Tiap-tiap perbuatan (pekerjaan) mestilah ada tujuannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belayar ke (di) pulau kapuk. | Tidur. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai. | Segala pekerjaan, baik dikerjakan dengan pimpinan orang yang telah berpengalaman. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belayar atas angin. | Berbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkayuh sambil bertimba, b. Berkayuh sambil ke hilir, c. Ke sungai sambil mandi, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, e. Sambil berdendang, biduk hilir, f. Sambil berdiang, nasi masak, g. Sambil menyelam minum air, h. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, i. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). memapan = memasang papan untuk dinding, lantai dan sebagainya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berkayuh sambil bertimba. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan, c. Sambil berdendang, biduk hilir, d. Sambil berdiang, nasi masak, e. Sambil menyelam minum air, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke sungai sambil mandi. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sambil menyelam minum air. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sambil berdiang, nasi masak, f. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, g. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sambil berdiang, nasi masak. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Sambil berdendang, biduk hilir, e. Sekali membuka pura, dua tiga hutang terbayar, f. Sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Sambil berdendang, biduk hilir. | Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar, b. Berkayuh sambil bertimba, c. Berkayuh sambil ke hilir, d. Merapat sambil berlayar, berlayar sambil memapan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |